Selari dengan itu, garis panduan yang ditetapkan
untuk calon isteri tidak kurang hebatnya. Sebagaimana yang kita ketahui, Islam
menggariskan empat perkara tentang pemilihan calon isteri iaitu agamanya,
keturunannya, kecantikannya da hartanya.
Sabda Rasulullah s.a.w., “Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara,
kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan keagamaannya. Maka utamakanlah
yang beragama, nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan.” Penegasan terhadap
keutamaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
"Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara
diri di belakang suaminya oleh kerana Allah telah memelihara mereka".
Perkara ini perlu ditekankan kerana isteri yang mempunyai pegangan agama yang
kuat akan sentiasa taat kepada suaminya dan akan sentiasa memelihara kehormatan
dirinya. Seterusnya, ciri-ciri seperti kecantikan merupakan pendorong kepada
kemesraan dan juga kecintaan suami terhadap isteri. Manakala keturunan pula,
pilihan sewajarnya keatas wanita yang berpotensi untuk melahirkan zuriat yang
ramai kerana zuriat akan menjadi penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga dan
lambang kasih sayang suami isteri. Rasulullah sesungguhnya menyukai umatnya
yang ramai di akhirat nanti. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “"Kamu
kahwinilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan anak yang ramai kerana
aku bangga dengan umatku yang ramai di hari Akhirat kelak". Harta merupakan yang terakhir kerana
sebaik-baik wanita yang dinikahi ialah wanita yan tercantik dan paling rendah maharnya. Sabda baginda
lagi, "Sebaik-baik isteri ialah yang tercantik rupa parasnya dan ringan
maharnya" Allah memberi rezeki berkali ganda dengan perkahwinan yang
sederhana dan mampu menjadikan seseorang itu miskin apabila dia berkahwin atas
sebab harta seorang wanita. Hadis riwayat Ibn Hibban, "Tetapi barangsiapa
yang mengahwini perempuan bukan dengan tujuan yang lain melainkan untuk
mengawal dan menjaga pandangan atau penglihatannya dan menjaga kehormatannya
atau dengan tujuan menghubungkan silaturrahim Allah akan memberkati ke dua-dua
lelaki dan perempuan". Begitu juga pemilihan pasangan hendaklah tidak
terdiri daripada kaum kerabat yang dekat. Rasulullah bersabda yang memberi
makna, "Janganlah kamu berkahwin dengan sanak saudara kerana ia akan
melahirkan anak yang berbadan kurus, lemah dan kurang mampu berfikir".
Jihad
Bismillah :) awal permulaan kalam pembuka bicara pengutus kata penyampai rasa. Salam jumaat salam mahabah salam satu cinta readers.:) apakah rasa apabila disaat2 genting umat islam, saudara seagamamu berjuang menegakkan hak umat islam sedangkan dirimu hanya bersenang di dalam bilik berhawa dingin mendengar kepada duniawi.? kadang-kadang terfikir bagaimana ummat Islam yang berada di dalam peperangan begitu tenang melangkah tanpa sedikit pon gentar? itulah barakah bumi Allah yang penuh dengan keharmonian. :) Berbalik pada dakapan mahabah, minggu ini, peringatan kita tentang Adam, manusia pertama diturunkan di muka bumi. Mengapakah Adam diturunkan oleh Allah, mengapa Adam dipilih daripada sekalian makhluk? :) Apakah fungsi kita(manusia) di muka bumi? rujuk Al-Baqarah :) perrmulaan cinta.:) Tahukan kalian bahawa keburukan pertama yang dilakukan oleh makhluk ialah sombong dan takabur?keburukan oleh MAKHLUK bukan hanya manusia.. makhluk itu ialah iblis laknatullah. Nauzub...
Comments
Post a Comment