kisah pensil


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis?Ibu menulis tentang siapa?Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu,tapi ada yang lebih penting daripada itu iatu pensil in."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?"tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini.Walaupun sebatang pensil,ada lima nilai yg boleh kita pelajari daripadanya.Mahu tahu?"
"Ya ,ibu."
Pertama,pensel ini mengingatkan jika pensil ini boleh buat sesuatu yang hebat dalam hidup ini.Jangan lupa,ibarat pensil ada tangan yang memegangnya.Maka,ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iatu Allah.Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.
Kedua,ketika menulis,pensel kerap menjadi tumpul.Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya.Pensel ini pasti menderita ketika diraut,tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu.Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baik atau sebab dirimu menjadi lebih baik.
Ketiga,pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah.Namun,kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini,sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup.Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan,kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.
Keempat,tahukah anak ibu mana yang lebih penting ,luar atau isi pensil ini?Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya.Oleh itu,berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.
Kelima,pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan.Begitu juga kamu,apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain.Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Comments

Popular posts from this blog

Upon receiving DG41 offer letter!

kaca mata seorang anak

Anywhere everywhere