TRAUMA







  Yang namanya lelaki kadang kala menyenangkan. Dari sisi seorang kawan. Sentiasa menyenangkan. Tapi kurang menyeronokkan apabila kawan bertukar status kepada yang namanya cinta. Tak percaya? Kebenaran. Hakikat kawan- cinta – putus itu biasa dalam norma perchentaan atau kitaran perchentaan seeprti yang digembar- gemburkan. Aku rasa semua yang putus cinta aka nada satu fasa trauma atau fobia untuk bercinta atau lebih teruk lagi fobia untuk berhadapan dengan jantina yang berbeza.

Maksudnya skop hidupan dia hanya tertumpu kepada satu jantina. Tapi yang pasti aku tak seteruk tu. (aku rasa kalau dah sexism terlampau parah tahap CCU dah woi!). Seperti remaja-remaja lain, aku juga pernah bercinta, kecewa, menyukai, bertepuk sebelah tangan dan akhirnya sendiri kembali. Secara jujur, tahap kroniknya trauma aku di tahap sederhana. Bukan aku katakana tidak untuk kembali bertepuk bersama (dibaca: BERCINTA) tetapi, courage yang ada untuk kembali mempercayai itu kurang. Bukan tiada. Tetapi kurang. Biasa bagi manusia akan ada seseorang dari jantina bertentangan yang dipilih untuk bercerita. Mungkin lebih senang begitu. Contohnya Khaisa(perempuan) mempunya kawan baik tempat dia bercerita tetapi sekadar kawan iaitu Khalil(lelaki).

Aku menulis entri ini selepas aku menjamah 1/3 kitab terfaktab #2 nakal tapi halal. Entah kenapa aku tertarik ingin berkongsi. Berkongsi rasa perit susah nak move on selepas direject dan juga rasa perit bila menyukai orang yang menyayangi orang lain. Sekejap lagi aku cerita macam mana aku boleh kecewa tahap dewa sampai aku hala-hala fobia-fobia kucing gitu. Tapi sekarang ni aku nak cerita terobek (dibaca: THROWBACK) beberapa hari lepas, hari aku bersuka-suki dengan mak aku masa on the way nak pergi Swiss Garden, Balok. Saja nak bagitau aku pergi bercuti. Konon-konon ease tension before exam mula. Haa.. apa tadi? Oh ya.. haa.. tengah-tengah sejuk dibuai sepoi-sepoi air cond kereta mak aku, aku pon cerita kat mak aku pasal orang yang nak masuk meminang aku (tapi tak jadi) ajak jumpa. Maka terjadi lah perbualan kencang di dalam kereta sejuk.

Aku :      Hari tu, si polan ada whatsapp bagitau dia ada datang KL nak submit assignment. Dia siap check in location kat akak. Akak tak boleh bukak jadi akak Tanya lah dia kat mana. Dia kata kat rumah si ryan ( bukan nama sebenar), adik dia. Akak pon cakap lah ‘ok’.
Mak :     Hmm. Lepas tu?
Aku :      Dia tanya akak free tak esok, dia ingat nak ajak lunch sama. Akak cakap tak free, kelas penuh sampai pukul 2. Tengok lah macam mana nanti.
(dimana masa aku balas whatsapp si polan tadi sebenarnya memang aku tak nak makan sama.)
Mak :     (diam tunggu aku sambung cerita)
Aku :      Petang tu akak whatsapp kata akak tak free, ada hal. Pastu esoknya tu baru dia balas mak tahu tak dia kata apa? Dia kata, tak apa, tak jadi datang semalam sebab lecturer sibuk, hari ni baru datang dan mungkin lama kat situ (tempat dia belajar). Akak pon tanya lah, kenapa? Nak jumpa ke? Kalau nak jumpa memang tak boleh sebab ada ujian petang nanti.
Mak : Hmm. Dah tu dia kata apa?
Aku :      Dia kata, ‘Eh, memang tak nak jumpa pon, nanti marah pulak pakwe awak. Saja je bagitau abang(dia bahasakan diri kepada saya) akan lama kat situ’. Mak tahu tak, masa tu akak rasa geram betul lah. Bukan apa, kata dulu nak kawan je, taka pa kalau tak nak ada hubungan ke, terikat kea pa ke sebab akak muda lagi, dia faham je. Kononnya lah kan. Dia tu dah nak dekat fasa hujung 20-an tau mak, tapi hal-hal macam ni pon tak boleh handle. Rasa nak marah betul lah akak.
(Aku berkongsi apa yang aku rasa dengan mak)
Mak :     Tu lah. (Mak aku mengiyakan kata-kata aku). Mak tak faham betul lah lelaki ni. Tak boleh langsung nak berkawan yang memang hanya kawan tanpa ada perasaan lebih-lebih, atau kurang-kurang tu. Bila kita dah kata nak berkawan je, kawan je lah. Haih( mak mengeluh). Macam sekarang ni, belum apa-apa dah sibuk mengongkong nak kita ikut je cakap dia. Tu belum ada apa-apa, terima pon tak, dah fikir bukan-bukan, itu kalau dah kahwin nanti serba serbi nak ikut gaya dia je.

Dalam diam aku membenarkan apa yang mak kata. (Sependapat). Aku bukan apa, kalau orang dah kat tak nak, tak kan lah kita still nak terhegeh-hegeh lagi kan? Kalau dah sebelum kahwin memang rasa tak boleh yang tak boleh tu untuk tengok muka dia, ini kan untuk tatap hari-hari. Tak gitu? Tak hensem, tak putih, tak lawa, taka pa selagi kat mata kita, kita memang suka tengok dia hari-hari, takkan lah kau nak ikat diri kau dengan orang yang kau memang rasa tak boleh yang tak boleh tu. Faham kan? Kalau tak faham ni aku bagi contoh. Kau suka tengok yang pesen-pesen macam Johnny Depp, kalau tak pon hero legend Shah Rukh Khan, tak kan lah kau rela korban diri untuk tengok Usher hari-hari, ye dak?

Tu satu hal lah bila pintu hati memang tak terbuka. Jadi nya, untuk perbualan ni, aku nak cerita macam mana lelaki tak suka awek dia selang lima minit Tanya buat apa, kat mana, dengan sapa bila dia dah bagitau awal-awal dia nak tengok bola, macam tu juga aku rasa rimas bila sibuk membangkitkan isu ‘pakwe awak marah-bila kita jumpa-jadi saya tak nak jumpa-tapi sebenarnya nak’. Basi lah weh. Bukan nak berkasar tapi bro, isu saya-takut-pakwe-awak-marah ni memang sangat-sangat amat tidak membantu sebenarnya. What is your point when you are saying it? It’s annoying. Seriously, get another ways if you want to take her out. Never ever use that lame excuse to provoke her. You are just a way to far from the line. You hit the wrong spot. Ok dah.

Ni mai aku nak cerita macam mana aku boleh fobia sampai tahap takut nak ada serious relationship dengan yang namanya lelaki. Macam mana ek nak mula? Ha.. tersebut lah alkisah di sebuah institusi pendidikan..taibbbb.. (gelak). Ok serious. Mulanya aku memang berteman dengan si B. Tapi sayangnya perhubungan dengan si B ni ibarat traffic light. Sekejap hijau sekejap merah. On off semedang (dibaca: SELALU). Nak dijadikan cerita, datang lah si A ke dalam hidup seorang aku yang pada mulanya tidak mengenali gerangan Alidulla(bukan nama sebenar) ini. Bermula di muka buku bak cerita dogeng walaupun nyata, si A add dan memulakan perhubungan. Salam dihulur, salam bersambut dan bermulah episod teman tapi mesra di atas talian. Jiwa kosong mula terisi, rutin harian mula bertatih menanti panggilan dinihari.

Pada dasarnya niatku hanya untuk menunjukkan bahawa si A telah menemui lawannya iaitu aku. Buku bertemu ruas kononnya. Aku memilih untuk memijak bara dari melangkah api. Aku teruskan perhubungan tetapi dalam hubungan yang satu ni, aku tak pernah bercakap dengan jarak kurang dari satu depa, pendek kata duduk sekali memang tak pernah. Slowly, makin lama makin sayang dan akhirnya aku jatuh. Gedebak gedebuk puk! Tersungkur makan kata sendiri. Aku terjatuh hati kepada si A yang sisi lainnya aku kenali, perwatakkannya aku senangi, segala ciri lelaki ideal idaman paling banyak tick dalam list aku. Tapi aku pon tahu akibatnya, dia, bukan cukup dengan 1, hanya ingin menambah kenalan, memberi kasih saying dan meninggalkan. Dia, (si A) bersifat begitu. Aku tahu kerana aku pernah menjadi begitu.

Awalnya, aku rasa dia bukan sesiapa, aktiviti aku tidak akan terjejas tanpa dia, dia berubah selepas aku acknowledge kawan aku suka dia. Dan aku mengundur. Bukan jenis aku untuk berebut lelaki dengan kawan sendiri. Bukan jenis aku untuk tidak berpijak di bumi. Maka satu peringkat kecewa aku lalui. Gugur juga air mata (sedih). Aku diam,lari dan lari tapi si A mengejar, apakan daya aku menolak? Kan ke hati sudah bertapak? (puitis nya aku, keh) hm.

Dipendekkan cerita, satu hari aku mengumpul keberanian membuat confession. Tak pernah dalam hidup aku confess kat orang oi! Tapi aku confess time dia dah ada awek la. Time dia kejar aku, aku ada pakwe, so that is life right? Sambung balik. Aku pon confess la. Aku tak ingat sangat macam mana struktur ayat aku tapi sumpah tu tindakan paling bodoh di abad ini aku kabor. Aku confess aku saying, jatuh hati, suka all in one. Pastu korang tahu apa jadi? Mesti tahu kan. Nama tajuk pon TRAUMA, mesti lah kena reject! Haru hidup aku woiiiii! I did expect rejection but it hurt damn much. Aku tak pernah kena reject biasa mereject je. Bukan direject. Kena reject dengan playboy pulak tu. Lahai hati. So disebabkan itu,(kena reject sekali lepas confess) aku jadi trauma untuk ber-chenta. Biar lah orang kata  “lah, baru sekali kena reject, bukan apa pon”. Memang lah, korang tak ada kat tempat aku. Mana korang tahu. Tu biasanya respon kita kan? Macam tu jugak aku. So sampai lah sekarang aku trauma lagi.

Kesalahan aku dalam hal ini ialah:
1. Aku cakap besar kata yang aku tak mungkin dan tak akan jatuh hati dengan si A.
Aku dengan penuh rendah hati dan ikhlas menasihatkkan jangan lah korang cakap besar. Jangan pernah cakap kau tak akan suka si polan bin si polan. Nanti kalau dah Tuhan tu balikkan hati, kau jadi saying seribu kali saying sapa yang susah? Korang jugak. Percaya pada Tuhan dan jodoh yang telah diciptakan untuk korang.
2. Aku tetap menyayangi walaupun tahu akan disakiti.
Part ini nasihat aku ialah get a life! Korang jangan jadi macam ni. Sudah-sudah lah, jangan berharap pada yang tak sudi. Move on, korang muda lagi. Tak kan nak tunggu pakai polident baru nak move on?
3. Aku buat confession.
Yang ni paling bodoh tapi melegakan. Nasihat aku, kalau  dah tahu kau akan direject ataupun kau nak confess pada yang dah ada pasangan, buang je lah niat kau tu. Nanti yang sakit kau jugak. (gelak)
4. Payah nak move on.
Emm. Aku tahu orang kalau hati dah saying susah nak move on. Kalau senang sangat nak move on tu maksudnya kau tak da hati sangat lah pada dia sebenarnya.
Jadi jangan ulangi kesilapan aku. Jangan sia-siakan masa muda untuk sesuatu yang menyakitkan. Aku memang kurang seni, kurang pandai, kurang segala tapi kekurangan aku tidak mengecewakan seperti mana aku kecewa atas pilhan aku sendiri. Sila penuhi hidup korang dengan warna warni kehidupan bukan hanya peritnya percintaan. Selamat bercinta!

-Jyea, Mei 2014-












Comments

Popular posts from this blog

Upon receiving DG41 offer letter!

kaca mata seorang anak

Anywhere everywhere