Gadis mocha 2.

Continue~

Touch down..
Bumi Malaysia! Alhamdulillah..selamat sampai.. Iftah tersenyum lega. Hatinya berbunga mengingatkan janji yang perlu ditepati, kata yang perlu diuntai, misteri yang perlu dirungkai. Ehh? misteri ke? hehe.. *dupdupdup* Aish..laju pulak jantung aku ni ha..kata Iftah sendirian. Mata nya melilau mencari kelibat ummi da abi nya. Sedang asyik mencari..

Buk! aduh...Iftah terasa badan nya melayang. Dek kerana tidak seimbang dia tidak dapat mengawal keseimbangan badannya. Hampir-hampir saja dia mencium lantai KLIA yang berkilat namun sempat tangannya ditarik oleh seseorang.
Dalam hati 'Hamba Allah mana lah baik sangat hati tarik aku ni..' perlahan-lahan Iftah menegakkan badan dan mengangkat muka nya. Allah! nasib sempat di control riak muka nya agar kelihatan biasa.

'Heh!nak tersembul biji mata kau nampak aku kat sini.hahaha. Mujur juga 'ter'langgar ada can aku pandang dari dekat'.. bisikan nakal tercetus dari hati si jejaka.

"Awak buat apa kat sini?", terima kasih tidak, soalan tu yang terkeluar. Minta ampun lah Encik Sengal kuasa dua. Saya Terkezut,terkesima awak depan mata,nasib tak nganga sampai leleh air liur tauu..

"Sama-sama Aqilah Nur Iftah,hai awak ni saya tau lah dah lama tak nampak saya jangan lah sampai nak tersembul biji mata tu", Aqil menarik senyum nakal. Melihat muka selamba dan tenang Iftah hatinya tak keruan. RINDU!

"Awak buat apa kat sini?mimpi ke?" Iftah telah mendapat rentaknya kembali. Kau nak sakat aku ye mamat sengal..hehe..no way mann~ rambut tu tak boleh pacak lagi ke?dah ala2 rumput padang dah..cicak jatuh pon boleh terloncat-loncat. Tapi..handsome jugak awak ni ye Encik Sengal..

"Senyum sorang!mesti sebab saya kan?saya datang jemput awak lah.. Ummi gn Abi kena gi jemputan kenduri hari ni. Sampai lima rumah katanya. Ha! by the way, awak ingat lagi tak apa janji saya hari tu?"

Kenapa sekarang awak tanya saya! Panas! Air.. Nak air.. muka saya panas!muka saya panas..malunya... "janji apa?" perlahan Iftah membalas.

"Kita settle down.." tenang dan bersahaja.. "Eh! tapi kira on lah kan?sebab If dah balik..ha kalau macam tu minggu depan lah kita langsung ok?"Aqil melebarkan senyuman nya.

Iftah sudah merah mukanya megalahkan udang kena bakar. Namun hatinya tertanya-tanya. 'Yakin semacam je mamat sengal ni! Ehh..sengal-sengal pon terlekat jugak Cik-Puan Iftah to be oii..!'.

********

"Macam mana flight If tadi?semua ok?", Aqil memecahkan keheningan antara mereka di dalam Merc miliknya. Si Bidadari hati hanya beberapa inchi dari bahu. Kalau ikutkan rindu,mahu sahaja dibisikkan kata mesra tapi debaran yang dipukul oleh seorang Nur Iftah!! Tanpa suara,hanya bibir merah bak delima,pipi kemerahan sudah cukup memberi pukulan hebat di tangkai hati. Sabar Aqil..sabar..

"Alhamdulillah,semua ok.. Ummi suruh Aqil hantar If kat mana?rumah Onyang ke terus ke rumah?" suara nya berbahasa tapi cukup menyejukkan hati Aqil Amir Al- Muammar bin Sheikh Ali Abidin.

"Aqil bawa If pergi survey cincin lah dulu boleh? Ibu kata minta If pilih tiga bentuk, satu untuk tanda,satu untuk tunang,satu untuk nikah. Ke If nak macam mana?" Aqil masih       memikirkan rencananya bersama Iftah hari ini. Segala urusan yang lain telah pon disiap kan. Permohonan nya untuk ditukarkan ke Edinburgh juga telah diselesaikan. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan urusan.

"If tak kisah,ikut Aqil lah..tapi If rasa cincin tu macam banyak sangat. untuk tunang dengan nikah je lah. tanda tu tak payah." Iftah menyuarakan gundah hatinya. Tapi gembira nya hanya Allah yang tahu. Dalam sedikit masa lagi.....Cik akan menjadi Puan.. Cop! Wait! Aku nikah minggu depan??? mana nak kejar buat segala persiapan seminggu!! Correction! Enam hari!

"Err..Aqil..awak kata tadi majlis minggu depan?" terkelu lidah untuk memanggil namanya.

"Ye,sayang,minggu depan. Jadi untuk tanda If nak apa?Aqil bagi bracelet lah,boleh? If jangan risau,semua dah settle,Ummi,Abi dah setkan tarikh,jemputan pon dah hantar, If tinggal siapkan badan If untuk Aqil je." Aqil mengusik sambil tertawa lepas. Girang, berseri mukanya. Iftah tersenyum malu.

"Besides, Abah dengan Mak pon dah settle kan resepsi kita. Majlis buat sekali harung je. Mak dengan Abah kata senang macam tu."

"Wah..wah..fluent je dye panggil mak ayah kita Ummi,Abi.." Iftah mengorak senyum, terselah lesung pipit di pipi kanannya.

"Mestilah..Aqil dak kamcing tau dengan diaorang,silap-silap nanti If pon diaorang tak layan!" Iftah tersenyum bahagia.

********
"Aku terima nikahnya Aqilah Nur Iftah Binti Ammar Razak dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."

sah..

Kegembiraan terpancar dari mata mereka. Semua yang hadir turut sama berselawat dan memuji Allah yang Maha Kuasa. Telah terbinanya sebuah lagi masjid. Tanggungjawab perlu mereka laksanakan bersama-sama. Dahulu sendiri, kini sudah berdua, Ibu bapa mana tidak bahagia melihat permata mereka selamat disatukan dengan Lafaz akad terindah itu.

*******
Alhamdulillah,doa ditadah memohon kebahagiaan dari Yang Maha Esa.

Iftah turut mengucap syukur. Huluran tangan Aqil disambut, tangan si Hubby dicium, ubun-ubun bidadari hatinya dikucup. Terasa indahnya ikatan yang telah sah. Itu lah ketenangan pertama, sejuk hatinya saat Iftah tunduk mencium tangannya siang tadi.

Setitik mutiara Iftah jatuh terharu mendengar doa suami tercinta.

Doa Aqil seusai solat,:

Ya Allah, kami bersyukur kerana dengan rahmatmu kekasih hati ku telah menjadi yang halal bagiku, Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk bersatu mengembangkan agamu,kami bersama untuk memakmurkan bumimu, Maka Ya Allah, bantulah kami untuk mengekalkan kebahagiaan ini. 

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan Mu yang sebenar agar aku sentiasa dapat menjadi seorang suami yang soleh untuk isteri dan anak-anakku, kurniakan isteriku kebahagiaan dan ketenangan di sampingku. 

Ya Allah,janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri. Janganlah Engkau biarkan kami lalai dalam melaksanakan perintahMu, Hadirkan lah bidadariku ini sebagai pengingat tika aku lupa, penghibur tika aku duka, peneman tika aku sunyi dan penunjuk tika aku tersasar.

Ya Allah kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama kami.

Amin.
*******

Senyuman masih mekar dibibir Aqil.

"Terima kasih sayang,semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya".Aqil bahagia.

"If janji If akan berusaha jadi yang terbaik untuk abang." Iftah mengukir senyum hanya untuk seorang pencinta.

*********The End





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Upon receiving DG41 offer letter!

kaca mata seorang anak

Anywhere everywhere