Cerita CPU dan lappy.

    CPU dan Lappy merupakan adik beradik. CPU merupakan abang kepada Lappy. CPU dilahirkan dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mereka. CPU meraa begitu gembira. Setiap hari dia digunakan,dibersihkan dan disejukkan ketika badan telah berbahang tetapi sayang nya CPU hampir dibiar sepi setelah lappy dilahirkan.

 Lappy pula menjadi pilihan. Segala kebaikan yang telah dicurahkan, bakti yang telah ditabur tidak lagi bererti. Semuanya leka dengan lappy. Lappy dituntun kemana sahaja katanya lebih mudah. Berhubung, berkarya,mencurahkan isi hati. Semuanya menjadi kelebihan si Lappy..tetapi.. semuanya tidak lama.. semakin hari pelbagai ciptaan baru yang mampu mengalah kan mereka berdua.

Seperti kacang lupakan kulit,habis madu sepah dibuang. Sama juga manusia kan?kadang-kadang  kita kurang bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Pelbagai bentuk dan rupa. Semakin hari kita didatangi dengan keindahan demi keindahan sehingga kita terleka dan terlupa mengenai kebesaran Sang Pencipta. Kita asyik memandang ke hadapan tanpa memikirkan yang telah berlalu. Ya! betul, yang lepas hanya kenangan, namun ingatlah TIADA DULU TIADA KINI. sesekali melangkah kita semakin matang dan meningkat usia tapi jangan pernah lupa CPU hati kita,siapa? Ibu Bapa kita. Mereka menabur budi,mencurah kasih sayang abadi. Hilang nya ibu bermakna hilang satu keberkatan dalam hidupmu,hilang doa ibumu,kurangnya 1 keredhaan ke atas mu.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapamu."

Siapapun lappy mu,netbook, iPadmu..tiada  taranya dengan Cinta CPU kepadamu!sayangi,hargai mereka.

Assalamualaikum.
Love,
miss d.

Comments

Popular posts from this blog

Upon receiving DG41 offer letter!

kaca mata seorang anak

Anywhere everywhere