Berduka itu dilarang?

"Assalamualaikum dee..apa khabar? awak sihat?", suara galau Zahlia menjengah pendengaranku membuat aku tersenyum seketika.

"Waalaikumsalam, ya.. alhamdulillah..kau?", suara serak cuba dibiasakan, pelupuk mata yang masih basah dengan mutiara jernih dibiarkan. Mendengar suara sahabat karib membuatkan rindu hatinya sedikit terubat. Suara disebelah utara hanya dihiasi bayu lembut.

"Ya,are you there?", mana pulak minah ni, Dee bertanya sendiri. Berkerut keningnya hingga bercantum kerana si sahabat mendiamkan diri.

"Ye..ye..saya ade ni.. Dee,,betul ke awak ok?" ,Zahlia seolah-olah tidak percaya dengan kawan yang baru beberapa semester dikenalinya.

Dee merupakan antara sahabat yang paling akrab dengan Zahlia sehingga kan Zahlia berasa tenang dan berani mempercayai Dee walaupun tentang perkara yang tidak pernah dikongsi kepada sesiapa kecuali ibu nya. Dee merupakan rakan sekelas,pernah sama-sama satu kumpulan semasa orientasi dan juga teman serumahnya. Namun begitu, Zahlia dan Dee tidak kelihatan seperti akrab kerana jarang dilihat bersama-sama. Zahlia sering berada dalam kalangan rakan-rakannya yang boleh dikatakan dikenali oleh rata-rata penuntut di kolej mereka. Bukanlah kumpulan yang besar tapi cukup menggemparkan dengan gelak tawa mereka.

Dee pula lebih selesa bersendirian setelah setahun lebih berada di kolej tersebut. Pada mulanya, Dee juga mempunyai clan tersendiri dan sering menghabiskan masa dinner nye bersama-sama mereka. Anni, Nuyu, Biha, Tcha dan satu-satunya lelaki yang agak rapat dengan mereka, Khy. Dee, seorang yang happy go lucky,naughty,playful,stady, lepak,selamba dan main aci redah. Suka hati dia nak buat apa, tak terikat dengan rules. 
Ada sesuatu yang menjadi batu penghalang untuk kemesraan itu terus berkembang.

"Dee..........................hish,ketot ni,kita cakap dengan dia,dia mengelamun pulak!",suara tidak puas hati Zahlia mengembalikan Dee ke alam nyata. Hanyut seketika dengan kenangan nya.

"Ye gemokkk........nape...saya ok aje," seloroh Dee dengan nada bersahaja. Mana mungkin dia khabarkan galau hatinya kepada sesiapa. Hanya Allah tempat yang paling senang untuk Dee mencurahkan isi hatinya kini. Bonda juga tidak diceritakan sepenuhnya isi hatinya. begitu berat mulutnya untuk menyentuh hati Bonda. Dia tahu Bonda risau sepertimana hatinya risau. Namun apakan daya dia untuk mengelak dari Bonda. Masa dekat kolej boleh la nak goreng Bonda,sama ada dia buat-buat terlupa nak telefon sebab nak cepat,ataupun mesej saja Bonda kata "Along okay,sory tak sempat call,along bangun lewat,sayang Bonda,". Semata-mata tak nak Bonda risau kalau time tak sihat. tapi time cut ni yang tak sihat memang tak boleh nak lari lah jawabnya. Bonda check! 

"Takde lah,saya tanya je sebab awak tu diam je,takde berita pon cuti-cuti ni." Sedikit ceria suara di hujung talian. Blackberry 9790 diletakkan di atas katil dan button loudspeaker ditekan. Malas pula rasanya nak pegang lagipun bukan ada sesiapa dirumah.

"D ok je,takde cerita menarik,duk rumah,buat taik mata.haha.kalau ada berjalan pon sebab ikut mak," ayat Dee terhenti seketika, batuknya tidak dapat ditahan. Setelah sedikit lega, Dee baru berhajat nak sambung ayat Zahlia sudah mulakan rentaknya.

"D,awak tak sihat kan..awak batuk teruk..awak dah makan ubat?", sayu Zahlia bertanya.

"D..humm..tak berapa sihat..", terpaksa berterus terang. Adui! kau ni Dee tak pernah boleh simpan rahsia sikit. Dee memarahi dirinya. "Ala,ya awak janganlah risau sangat ok?", Dee masih maintain suara cool. Cool lah sangat Dee oii...

"Hurm..awak jangan lupa makan ubat tau!Awak,saya kan..saya pon tak sihat tapi sekarang dah okay,tapi awak dah tahu dah sebab masa tu,dua minggu lepas kalau tak silap,awak pon sakit angin jugak,kan?kan?ehh!ke awak tak sihat-sihat lagi sebenarnya ni?", huh?laju nau kawan aku ni cakap,kalah pulak bullet train. hehehe. Dee tergelak dalam hati, sedikit berbunga hatinya.

"haish,awak ni.. saya O.K.. ok?", malas ingin menyambung lawan kata Dee memutuskan untuk menamatkan tentang ceritanya lalu dialih topik kepada si kawan yang lurus macam pembaris. Nasib kau lah Lia oii.. dapat kawan yang pandai pusing-pusing ayat. Alah..bukan apa,untuk menyelamatkan keamanan sejagat. Dee tersenyum nakal. Setelah puas bertukar-tukar cerita Dee meminta Zahlia menyambung ceritanya lain kali kerana ingin menunaikan ibadahnya.

Dee lebih tenang setelah usai menunaikan solat dan membaca Selawat Tafrijiyah yang diarahkan oleh Bonda. Selawat untuk menghilangkan gundah,gelisah,duka dan pilu. Hati nya mula kembali terisi. Dee seorang yang sangat optimistik bertukar menjadi pemuram dan gelisah kerana sakitnya.

Makna Selawat Tafrijiyah:

"Ya Allah Ya Tuhan kami limpahkanlah rahmat dengan sempurnanya dan kurniakanlah kesejahteraan secukupnya ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. rahmat yang dengannya terbuka segala ikatan,hilang segala kesusahan,terlaksana segala hajat dan tercapai segala cita-cita dan dipohonkan kesudahan yang baik diharapkan turun hujan dengan berkat wajah baginda yang mulia, dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda pada setiap gerakan mata dan hembusan nafas sebanyak bilangan benda yang ada dalam maklumanMu.
<Amalanhariansepanjangzaman,At-Tafkir Entreprise>

Setelah hampir tiga minggu, Allah menggerakkan hati Dee,membukakan pintu hatinya untuk menenangkan jiwa. Lalu Dee membuka helaian La Tahzan dan mencari-cari antara isi kandungan yang berkaitan dan terasa begitu dengannya. Air mata nya masih laju menyapa pipi selari bola matanya mencari. Tiba-tiba, deringan Chasing the sun-The Wanted berlagu menandakan ada panggilan masuk dan Dee tahu siapa si pemanggil. Tangisan cuba diredakan,salam bersambut,bertanya khabar, report serba sedikit kemudian talian diputuskan. Dee kembali menyambung pembacaannya dan terkesima dengan bait kata di dalam La Tahzan,:

{Bersedih hati itu dilarang. Firman Allah:
"Janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita", (Surah At-Taubah:40)}

Dee beristigfar di dalam hati semakin laju manik halus itu.seolah-olah degil tidak mahu berhenti. Namun, satu baris kata yang menarik mata Dee,laju disapu air matanya.

{Kesedihan itu satu perkara yang disenangi oleh syaitan} {Kesedihan merupakan penyakit jiwa yang berbahaya}

Duka di sini dilarang kerana bimbang duka ini akan menjauhkan hati-hati para muslimin untuk terus melakukan amar ma'aruf nahi mungkar. Manakala, berduka kerana insaf akan khilaf yang lalu pula diberikan khabar gembira kerana Allah mencintai mereka yang sentiasa bertaubat.

Seperti yang disebutkan dalam hadis, Abdullah bin Abas melaporkan,Nabi Muhammad pernah berkata, "Sesungguhnya,demi kerana saya,Allah mengampunkan umat saya atas kesilapan dan kelupaan mereka dan atas apa yang mereka lakukan kerana dipaksa".


Pantas Dee menyeka air matanya. Allah! Aku kuat! Aku tidak akan bersedih lagi. Aku tidak ingin seiring dengan syaitan yang dilaknat. Aku akan bangkit. Alhamdulillah. Allah menjawab doa hati ku.. Allah itu Maha Besar. Dee mula tersenyum dan mengharapkan dia akan pulih,sakitnya akan pulih,jiwa nya akan sembuh. Amin.

Wallahulalam~
miss d.


Comments

Popular posts from this blog

Upon receiving DG41 offer letter!

kaca mata seorang anak

Anywhere everywhere